Happy Birthday To Ammibear.com
Diam tak diam... dah setahun blog Ammi beroperasi... wah gituuu!!!... macam-macam cerita yang Ammi postkan selama 1 tahun ni... article2, tempat yang Ammi visit, pasal makan-makan.. macam-macam lagi lah....
Sepanjang Ammi bersama blog ni la.. banyak Ammi belajar tentang PC, Photoshop, kamera dan pasal blog2 kawan-kawan Ammi yang lain... Ammi nak ucapkan ribuan terima kasih pada individu-individu yang dah ajar Ammi tentang selok belok berblogging ni... terutamanya kepada En.Abah dan juga Yepan... thanx a lot.... tanpa diorang memang Ammi tak tau langsung pasal blog-blog ni... hampehhh... hehe... ok la itu saja untuk kali ni...
HAPPY BIRTHDAY TO AMMIBEAR.COM
Roh Di Bulan Ramadhan
Untuk renungan kitabersama......
" Walau setinggi mana kasih sayangku, sesungguhnya Allah lebih berhak
menyayangimu,
Damai lah engkau disana di bawah limpahan rahmat dan kasih sayang-Nya,
Sesungguhnya kami semua akan menyusulmu di kemudian hari...
Al-Fatihah buat semua muslimin dan muslimat yang telah pergi mendahului
kita "
Roh di Bulan Ramadhan
Pagi tadi sempena hari Jumaat bulanRamadhan yang mulia ini, aku
menghadiri majlis ilmu yang membincangkan tentang amalan di bulan
Ramadhan. Satu perkara yang menarik perhatian aku tadi, ustaz penceramah
bercerita tentang keadaan roh di bulan Ramadhan. Menurut satu hadith
Rasulullah.. (maaf aku tak sempat catat perawi hadith ini).. menceritakan
apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon
kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi. Adaroh yang dibenarkan pulang
ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan.Roh yang dibenarkan pulang adalah
kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada
penjamin-penjamin yang mendoakan mereka. Manakala roh-roh yang tidak
dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan
terus di penjara di Luh Mahfuz.
Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah
pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan
pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan
ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka
lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka.Perkara ini akan berlarutan
sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan
mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz
dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih hidup.
Di sini ustaz memberitahu hikmah adanya alam kubur. Alam kubur membuktikan
bahawa Allah itu Maha Penyayang. Orang yang melakukan kesalahan semasa
hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup.. Alangkah
bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat
bekalan dari orang-orang yang masih hidup.
Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang,
yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah
daripada kita. Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus
ia semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak2 yang soleh, ilmu yang
bermanfaat dan sedekah amal jariah.
Sebarkan e-mail dakwah ini kepada seberapa ramai orang terdekat anda, dan
mintalah mereka untuk melakukan hal yang sama. Ini bukanlah ancaman surat
berantai. Yang jelas jika anda tidak meneruskan e-mail ini, maka anda
telah melepaskan kesempatan untuk saling menasihati dalam kebenaran dan
beramal soleh. Jika anda melakukan dengan ikhlas insya Allah anda akan
mendapat ganjaran pahala kebaikan dari Allah. Mari berlumba dalam
kebaikan.
Wallahualam......
Pokok Beracun
Salam Sejahtera,
Sebagai perkongsian maklumat bersama.
Salam, Ammi ada terima satu article dari seorang teman Ammi di putrajaya... actually dia pon terima forword email dari seseorang dan mengfowordkan pulak email tu pada Ammi... Maybe cerita ni dah lama cuma kita je yang tak perasan atau kurang membaca.. jadi Ammi boring tak tau nak buat apa kannn.. Ammi kongsi la email yang difowardkan pada Ammi untuk bacaan korang semua..
Sila perhatikan pokok hiasan ini betul-betul. Jika anda sayangkan anak-anak dan keluarga anda, musnahkan pokok hiasan ini segera. Sekiranya anda menanam di kawasan rumah, meletak diruang tamu atau di tempat letak kereta. Pastikan selepas membaca posting ini segera pindahkan pokok ini ke tempat yang jauh dari anak-anak anda.
Pokok hiasan ini adalah yang sangat beracun boleh mengakibatkan kematian sekiranya anak anda mengigit daunnya. Kandungan racun yang kuat boleh membunuh kanak-kanak dalam masa kurang dari 1 minit. Bagi orang dewasa pula boleh membawa maut kurang dari 15 minit. Bayangkan betapa kuatnya racun yang terdapat pada daun pokok ini. Racun atau getahnya yang masuk ke dalam mata boleh menyebabkan buta.
Kanak-kanak yang suka mengunyah terutama yang berumur 1 tahun ke 3 tahun yang tidak tahu apa-apa mungkin terkunyah daun pokok hiasan ini yang anda letak diruang tamu atau ditempat letak kereta, membawa padah.
Kesan apabila mengigit daun beracun. Lidah akan terus membengkak dengan serta merta dan menghalangkan penafasan. Ini akan menyebabkan kematian kerana tidak dapat bernafas. Sila sampaikan kepada jiran-jiran dan saudara mara yang menanam pokok hiasan ini supaya memusnahkan pokok ini segera.
Pokok ini sering terdapat di pejabat-pejabat dan sekolah-sekolah sebagai pokok hiasan kerana senang dijaga. Ia berasal dari Kenya , Rwanda dan Uganda . Senang tumboh di iklim negara ini. Daun yang besar dan hijau selalu diletak di kawasan taman awam.
Sila maklumkan kerana terdapat kes kematian yang jarang dilapurkan diakibatkan oleh pokok ini. Selalu kes ini diklafikasikan sebagai "food poisoning".
Keprihatinan anda menyebarkan berita ini mungkin dapat menyelamatkan nyawa seseorang.


