Pemeriksaan Kesihatan @ Kolej PTPL Ampang
Sempena Hari Pemeriksaan Kesihatan yang di anjurkan oleh pelajar-pelajar Medical Lab Technology(MLT) ni.. Ammi rasa nak promote juga kat kawan-kawan yang ada di luar sana untuk hadir ke Kolej PTPL Ampang bagi bersama menjayakan majlis tersebut...
Pelajar-pelajar MLT Semester akhir yang mengambil subjek PRAKTIKUM IMMUNOHEMATOLOGI KLINIKAL III adalah orang-orang kuat yang terlibat dalam menjayakan majlis/aktiviti ini...
Tahniah kepada Pn Dayang(Pengarah Program School Health Science) yang telah memberi peluang kepada pelajar2 menjayakan majlis ni...
Senarai Pelajar2 yang terlibat :
Izzati, Zetty Suhaili, Aien Kecik, Ain Jepon, Ain Korean, Muzaiyana, Shima, Fatin, Yoges, Nurzul, Zulkifli, Amin, Alif, Mustafa, shila, Ojai, dan kawan2 lain yang terlibat... mintak maaf sangat2 kalau Ammi terlupa nak letak senarai nama korang semua yang tertinggal...
Poster ni direka kerjasama oleh Ahli-Ahli Jawatan Kuasa Promosi...
P/S :
jemput la datang buat pemeriksaan.. RM0.50 sen sahaja untuk semua pemeriksaan...
Anak Musang
Bak kata orang tua-tua "sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga.. ".. begitula juga kisah SeEkor anak musang yang lebih kurang sama dengan je dengan pepatah tadi...
al-kisahnyer.... jiran sebelah umah Ammi ni nak pindah rumah... biasa la orang menyewakan.. nak tak nak kena la belah jugak dari rumah tu... itu pun sebab owner rumah tu macam palat ye... Ammi & family pun tak suka dengan owner dia... orang melayu tapi perangai macam orang tak de agama... ish tak faham la Ammi...
Ok.. berbalik kepada topik utama... gosip-gosip tak mau ye... ehemmm eheemmm~~... dek sebab owner rumah tu macam palat berkira nak mampos... so jiran Ammi yang menyewa tu pun apa lagi hangin lakan... so tetiba dia pun jadi berkira juga...tanah-tanah yang dia dah simen dan syiling-syiling rumah yang si penyewa tu pasang dia pecahkan balik ye sebelum dia blah dari rumah tu...hahh amik ko.. puas hatikan...!!
Tengah-tengah syok mencabut syiling tetiba terjatuh anak musang dari syiling rumah tu ke lantai.. kesian ok.. hidung dia berdarah... dah la comel... Ammi rasa spesis musang pandan kot.. macam mana la boleh sesat menyewa sekali kat rumah tu pun Ammi tak tau la... baru teringat.. rumah Ammi kan dalam hutan.. macam-macam ada!!!.. anak musang tu terjerit-jerit.. hidung dia bleeding...maybe tengah kesakitan kot... Ammi sempat la jugak ambil gambar si musang ni...kesian dan sedih... tapi masih hidup la...
Kesiankan.. Ammi nak ambil bela.. tapi parents Ammi tak bagi la... sedeyyy.... pasrah je la... pastu jiran Ammi bawak dia tak tau la pergi mana... (T_T )
Selamat Tinggal Anak Musang..... sayonara bye bye!!!














