Nature Park @ Kuala Selangor
Satu lagi tempat yang menarik yang ada di Kuala selangor iaitu Nature Park.. atau dalam Bahasa Melayunya berbunyi Taman Alam... kalau korang pergi kat sini boleh la anda singgah sekali di Taman Ikan Air Tawar..Sesiapa yang minat pasal tumbuh-tumbuhan dan aktiviti2 lasak ni boleh la datang ke Nature Park.. murah je tak mahal pun...
Ammi tak de apa sangat nak cerita kat Taman Alam ni sebab tak explore habis pun.. lagi pun dah jam 6 petang masa tu.. dah tak de orang dan Taman Ikan air tawar tu pulak tutup.. ye lakann.. dah petang siapa la yang nak melayan... di pendekkan cerita.. Ammi masuk Nature Park tu dengan adik2 Ammi.. tapi separuh jalan je.. pastu kitaornag patah balik.. sebabbbbb.. Horrorrr ok... korang tengok la sendiri tempat tu.. heheh...
Kalau Korang nak tahu lebih lanjut boleh la contact pihak Nature Park ni ye...
Park Office :
Kuala Selangor Nature Park,
Jalan Klinik, 45000 Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan.
Tel :
(+6)03-32892294
Fax :
(+6)03-32894311
Masa Ammi on da way nak pergi Nature Park.. ada la terjumpa dengan orang main pertandingan siapa pandu kereta sorong paling laju.. huhu.. memang kitaorang pecah perut la masa tu.. sebab kelakar tul cara dia.. actually tindakan yang agak bijak dan jimat masa untuk alihkan kereta sorong tu..
Siapa nak pergi Taman Ikan Air Tawar ni boleh la datang pada hari dan masa seperti tertera di board di atas ni.. Ammi tak sempat masuk.. next time la kalau ada rezeki..

Board yang ni pulak price masuk ke Nature Park... By the way kalau korang nak buat program kat sini.. pihak Nature Park ni ada sediakan tempat tinggal.. if you all want to know about accommodation..you all contact la number telephone yang Ammi tulis kat atas tu haa...
Sebarang Pembayaran atau pertanyaan semasa ada kat Nature Park boleh la korang pergi ke kaunter yang ada 3 orang gadis tu ye... kat dalam ni ada la banyak maklumat pasal tempat ni...
So Bermula la suku perjalanan Ammi ke dalam Nature Park ni.. hehehe..
Korang tengok la sendiri perjalanan ke dalam Nature Park ni.. hehehe.. memang suku jalan je la kan.. dah la tak de orang.. perjalanan 3 kilometer hokkey..pastu Ammi berempat je... pastu dah nak senja pulak.. memang kitaorang patah balik la kannn.. karang jumpa benda2 aneh kat dalam tu memang lari tak pijak tanah la nanti..heheh.. tapi kalau pergi ramai2 kat sini boleh jadi antara aktiviti yang menarik...
Dah nama Nature kan.. so memang ada la spesis-spesis seperti di atas ni ye... banyak jugak.. lepas tu mengikut pulak tu sampai ke kereta..tu yang tak tahan tu...hahaha.. sempat la jugak tengok mereka-mereka ni buat projek di tengah jalan ye.. ish ish...
P/S :
Insyaallah.. ada rezeki lain maybe Ammi akan explore tempat ni sampai habis ye.. lepas tu boleh la bagi tau kat korang..
Fireflies/kelip-kelip @ Kuala Selangor
Semalam Ammi pergi jalan-jalan kat Kuala Selangor... sebelum tu, Ammi pegi jemput adik di UITM Puncak Alam, Shah Alam... after that terus bertolak ke sana...
Ermmm...Apa itu Fireflies? dan apa itu Kunang-kunang?... nak kepastian pergi la ke Kampong Kuantan di Kuala Selangor.. bukan di Kuantan ye... dalam Bahasa Melayu nama binatang ni Kelip-kelip.. dalam Bahasa Jepun Intaro Pika Pika..
Yang biasa korang tengok kat rumah tu ialah Kunang-kunang.. masih mengeluarkan cahaya dan saiz Kunang-kunang adalah lebih besar jika dibandingkan dengan Kelip-kelip ni...
Kelip-kelip ni hanya boleh dijumpai di Pokok Berembang di kawasan sungai banyak la... di situ la rumah diorang and daun-daun tu la makanan diorang...kalau hujan diorang akan duduk di bawah daun-daun Berembang tu.. kalau nak tau pergi la sendiri menikmati kecantikan Fireflies ni.. murah je tak mahal pun..
Ammi sediakan sedikt maklumat tempat tu..
Tempat :
Kampong Kuantan, Kuala Selangor
Harga :
RM40 (1 sampan), 4 orang
Masa operasi :
7pm to 6am (kalau tak silap la)
Tempat nak tegok Fireflies ni ada dua tempat.. yang satunya tempat yang Ammi pergi ni.. yang satu lagi Ammi tak pasti... mengikut kata salah seorang pemandu pelancong kat situ.. tempat yang Ammi pergi ni adalah tempat yang betul dan terbaik sebab memang cantik pemandangan Fireflies kat sini...
Kalau nak buat pembayaran korang boleh datang kat kaunter yang Ammi tunjukkan ni.. lepas korang bayar.. dorang akan bagi 4 botol air mineral water saiz kecil... so kalau terlupa nak beli ke tak payah risau dah...
Sebelum korang ke Kaunter pembayaran ... Korang kena la jalan kaki masuk ke dalam sikit untuk ke kaunter dan ke tempat sampan yang korang nak naik nanti..
Lepas buat pembayaran bagai... boleh la korang pergi terus ke tepi jeti tu haaa... servis dia ok la... bagus.. sistematik dan bersih... actually tempat nak tengok Fireflies tu tak jauh pun dari jeti tu.. sepanjang seberang sungai tu je.. huhu...
Masa ni Ammi tengah tunggu giliran nak naik sampan... Ammi ingtkan tak ramai.. rupanya ada satu bus rombongan datang nak tengok kelip-kelip jugak... lepas tu ada satu group mat salleh punnn nak tengok jugak...
Semua pengunjung kena pakai jeket keselamatan... haa... masa ni Ammi punya giliran dah nak naik sampan.. excited giler.. Malam tu lebih daripada 13 bot digunakan..btw, masa tengok kelip-kelip tu korang tak dibenarkan mengambil gambar menggunkan flash... sebab bila flash kamera keluar je.. semua kelip-kelip tu akan hilang... tapi video cam dibenarkan...

Actually gambar ni Ammi ambil daripada internet... tapi kalau korang nak tahu.. macam ni la keadaannya masa Ammi tengok Fireflies tu.. memang cantik sangat.. macam christmas tree... kalau cahaya terang tu si Jantan punya cahaya.. kalau malap je si Betina punya cahaya.. kalau ada peluang maybe Ammi akan pergi lagi sekali... ooo yee... kecantikan dia tak sama langsung ye macam di rumah-rumah atau di belakang-belakang sekolah asrama korang tu ok.. ermmm harap maklum...
So kunjung-kunjung la pusat pelancongan yang banyak giler kat Malaysia ni... huhu..
P/S :
Sorry.. kualiti gambar kurang memuaskan...
