Istana Seri Menanti
caklempong : berandoi
Sambungan.....
Lepas Ammi beraya di rumah sedara kat Senaling, Ammi meneruskan perjalanan melawat Khazanah Malaysia yang masih ada kat muka bumi ni.. ke mana Ammi pergi? ermmm ke MUZIUM ISTANA SERI MENANTI..
Sebenarnya Ammi jugak berminat nak pergi tengok semua muzium dan istana-istana yang ada kat Malaysia ni.. kalau la diberi peluang buat rancangan sendiri.. Ammi nak ubah "" Jalan-Jalan Cari Makan"" kepada ""Jalan-Jalan Jejak Muzium"". hehehe.. berangan je la yang mampu pun... tak pe berangan tak kena bayar...



Beginilah pemandangan Istana Seri Menanti... Istana ni menarik tau.. ia diperbuat daripada kayu 100%.. tak guna paku besi pun... tapi paku dia di buat daripada kayu jugak yang dipanggil "Pasak".. Istana ni dibina pada tahun 1902 dan siap dibina pada tahun 1908..


Pakcik yang bergambar dengan Ammi ni ialah orang yang bertanggungjawab menjaga Istana semasa ia beroperasi... nak masuk istana ni kena bukak kasut dan perlu mendaftar terlebih dahulu.. pendaftaran hanya mewakili seorang sahaja untuk satu family atau group...dan tiada sebarang bayaran dikenakan..

Bila korang masuk je istana ni.. korang akan jumpa tempat dalam gambar kat atas ni.. kalau tak silap Ammi, ni tempat macam tetamu-tetamu lepak.. lebih kurang macam tu la... Ammi pun tak tau nama dia..

Ruangan ni tempat Raja bersantapan atau pun kita panggil tempat makan laaaa... itu pun tak tau ke.. ish ish.. panjangkan... siapa-siapa rumah dia meja makan panjang macam ni Ammi tabik aaaa.... dasyattt!!

Kalau tak silap Ammi.. ni adalah tempat raja-raja bersidang... orang awam tak dibenarkan masuk kat dalam tu.. nampak tu.. berpagoorrr!! tak faham-faham lagi...




Koleksi bilik tido & katil & cadar putera puteri dia... wah!! tak tahan.. colourful gitu. hehe..

Istana pun ada bilik tetamu tau.. hehe.. masa Ammi masuk bilik ni just ada dua katil je.. pastu di hujung sudut bilik tu ada cermin yang panjang menegak..
p/s : bilik ni paling Ammi tak suka sebab rasa seram.. hehehe

Paling Ammi terkedu kejap ialah bilik tempat raja beradu... tersergam indah!! kalau korang nak tau bilik ni berada di bahagian tingkat atas.. actually bahagian atas ni tak dibenarkan ambil gambar.. tapi tapi tapi... ramai je orang ambil gambar.. rasa tak adil la kan kalau Ammi tak ambil..dan sebelah katil ni ada gambar Raja tau.. Ammi tak post kan dalam blog ni.. Ampun Tuanku Beribu-ribu Ampun...heheh..

Luas terbentang ni pulak adalah Taman Istana... huhu.. besar siot...

Sebelum balik, Ammi sempat jugak bergambar di Taman Istana..

Batu Bertikam... ini adalah replika je.. ia adalah contoh asal yang terdapat di Kancamantan (Kampong) Lima Kanun Batu Sangkar, Sumatera Barat Indonesia.. Batu ni dikaitkan dengan bekas tikaman keris oleh Dt Pepatih Nan Sebatang tanda sumpah setia pendamian persilisihan faham mengenai pemakain Sistem Adat Koto Piliang yang dicetuskan oleh kakaknya Katumanggungan...

Batu Kasur (Batu Timbang).. ini pun replika jugak.. sebenarnya ianya berada masa Alam Minangkabau, Sumatera Barat Indonesia.. batu ni adalah tempat ujian bagi anak-anak raja.. diorang ni kena lulus ujian-ujian yang akan diberi untuk ditabalkan menjadi raja di Negeri Sembilan...
Selesai sudah... kalau korang nak tau lebih lanjut boleh la gi sendiri ngan family ke.. kawan-kawan ke... janji mulut jangan celuparr.. heheh..
