Taman Tamadun Islam @ Terengganu Part 2
Kuala Terengganu ada sebuah tempat percutian yang agak menarik untuk dikunjungi... nama tempat tu adalah Taman Tamadun Islam.. ada apa kat dalam ni ek????
kat dalam taman ni ada 3 tempat yang boleh korang kunjungi.. ada Muzium Negeri (tak sempat pergi sebab dah petang)... ada Masjid Kristal dan Taman Monumen..
Kalau Masjid Kritsal tu maybe satu Malaysia dah tau kot walaupun tak pernah pergi... tapi ada apa pulak kat dalam Taman Monumen ni.. Taman Monumen ni di buat khas dimana seluruh masjid utama yang ada di seluruh negara di kumpulkan dalam Taman Monumen ni dengan skala yg kecil.. memang menarik... kalau nak tau macam mana Taman Monumen tu.. tunggu part 3 punya cerita ye.. heheh

Pintu gerbang ke Taman Tamadun Islam









Tak ada apa sangat nak komen pasal Majis Kristal ni.. yang boleh di komen Masjid ni cantik sangat macam istana Aladdin.. dulu maybe tak boleh solat kat dalam sana.. tapi sekarang dah boleh solat dah.. kunjung-kunjug la ye...
Pasar Besar Payang @ Terengganu Part 1
Kalau pergi Kuala Terengganu memang tak terlepas la nak singgah Pasar Payang nikan.. kalau korang ada perancangan nak bercuti-cuti ke Kuala Terengganu, Ammi nak syorkan korang singgah la kat sini ye.. memang best.. selain daripada banyak koleksi-koleksi batik dan makanan-makanan.. harga kat sini ni pun not bad la..
Berhadapan dengan Pasar payang ni pulak ada satu lagi bangunan yang macam tempat beli belah, nama dia Bazaar Warisan.. tapi Ammi tak sempat pergi sebab nak kejar masa balik KL.. next time insyaallah Ammi pergi..
Berhadapan dengan Pasar Payang ni jugak ada satu gerai cendol bergerak naik motor.. ya Allah ya tuhankuuu... sedap giler cendol dia... susah nak dapat cendol macam tu kat KL... satu RM1.50.. ada gambar Ammi tepekkan kat dalam entry Ammi ni..



Ini laaa kedai Cendol yang Ammi cakap tu... korang wajib cuba k...Ammi jamin korang mesti suka punya.. Ammi lupa nak ambil gambar cendol tu sebab hilang ingatan bila sedut cendol dia... huhu!!




Antara kedai-kedai yang ada dalam Pasar Payang ni..



Naa Batik.. kedai ni banyak giler jual pelbagai jenis batik... dari harga murah hingga la semahal-mahalnya... tapi Ammi puas hati la kat kedai ni sebab layanan dia bagus sangat kalau nak dibandingkan dengan kedai-kedai yang lain.. agak tidak mesra alam la..

Macam ni la rupa Bazaar Warisan tu.. dalam dia tak tau la sebab tak masuk lagi.. insyallah next time ye..
Pameran Keranda Tradisi dan Misteri @ Muzium Negara
Dulu Muzium Negara, Kuala lumpur pernah dibanjiri oleh rakyat Malaysia semata-mata nak tengok Pameran Hantu.. Memang menarik.. Pada tahun 2010 ni berlangsung pulak Pameran Keranda Tradisi & Misteri yang diadakan di Muzium Negara selama 2 bulan 20 hari, bermula pada 1 April hingga la 20 Jun 2010.. untuk maklumat lanjut boleh pergi ke website Muzium Negara(klik sini)...
Kalau nak selesa.. pergi la pada hari orang bekerja sebab memang lengang.. Kalau pergi hari Sabtu atau Ahad agak ramai la jugak..
Memang banyak replika yang boleh kita lihat kat sana.. antaranya, Keranda India, Keranda Orang Asli, Keranda Cina, Keranda Pra Sejarah, Keranda Melayu, Keranda Kayu Balak Thailand, Keranda Gantung Filipina, Erong Indonesia, Keranda Dayak Indonesia dan banyak lagi... Korang pergi la tengok.. bukannya senang dapat tengok benda-benda macam ni..
Ammi ada sediakan sedikii Info dan gambar yang mungkin boleh membnatu korang untuk persedian pergi kat sana nanti..
Senarai harga tiket masuk ke pameran dan kategori2nya...
Tiket Masuk dewasa (Per Head)
Harga bayaran yang dikenakan jika korang nak gunakan kamera
Harga bayaran untuk tempat letak kereta (Per Entry)
Prop Selamat datang ni sebelah je dengan gerbang masuk ke dalam pameran.
Korang kena daftar nama kat meja yang disediakan tu bila masuk ... kalau korang pergi beramai2, just seorang saja wakil untuk daftar.. lepas daftar korang boleh la buat bayaran masuk di kaunter bayaran.. bersebelahan saja dengan meja pendaftaran..
Suasana orang ramai di dalam Pameran
Peralatan yang digunakan untuk urusan memandikan jenazah
Bekas simpanan abu mayat.. balang diorang ni cantik2.. Ammi rasa balang2 tu mesti dibuat dengan harga yang mahal..
Pakaian diraja yang akan dipakaikan kepada si mati
Antara jenis-jenis pengkebumian.. Ammi lupa la nama untuk jenis pengkebumian ni..
Pengkebumian Masyarakat Hoabinhian..
Pengkebumian Batu Kepingan yang dijumpai di pesisir pantai di Lembah Bernam Negeri Perak..
Pengkebumian Tempayan yang dilakukan pada zaman Neolitik kepulauan Melayu..
Pengkebumian Tajau dimana mayat dimasukkan ke dalam tempayan..
Keranda Buloh Masyarakat India.. dan Tok2 Sami..
Keranda kanak-kanak Suku Asli Negara Thailand..
Keranda kanak-kanak Kaum Dayak Barito, Kalimantan Barat..
Keranda Emas Promethean yang bersadur emas tulin 14 karat... gila babeng punya keranda..
Keranda Moden Masyarakat India..
Keranda Kayu berkaki..
Keranda Siam dan Kort, Thailand...
Keranda berbentuk berlian ni pulak adalah keranda yang digunakan oleh masyarakat agama Christian..
Kereta Tarik Jenazah..
Erong Kerbau
Erong Kerbau..
Galang Suku Kaum Jah Hut, Kelompok Senoi...
Keranda Dayak Barito, Kalimantan Barat..
Keranda Kaum Bontoc Igorot, Luzon Filipina...
Keranda Kayu Balak di Gua Batu Tulug, Batu Putih Kinabatangan, Sabah..
Keranda Papan dan Buluh oleh Suku Kaum Mah Meri..
Keranda Pasak Kuku Kambing..
Keranda Perahu yang di jumpai di Gua Niah..
Kerusi mayat, Utara Filipina..
Kubur Suku Kaum Semai dan Temia..
Pengkebumian Bateq.. yang ni menarik sangat sebab di digantungkan di atas pokok..
Pengkebumian Lanoh..
Pengkebumian Perahu zaman Prasejarah...
Pengusung Buloh...
Replika Tempayan Menunggul, Filipina..
Salong "Pondok Mayat".. Berasal dari Tebing Kanan Sungai Long Segaham, Belaga, Bahagian Kapit..
Sandong Dayak, Masyarakat Dayak Kalimantan..
Ammi harap dengan gambar-gambar dan sedikit info mengenai Pameran Keranda ni akan membuatkan korang semua nak pergi ke Muzium Negra.. Pameran aneh macam ni bukannya selalu dapat kita lihat.. mungkin ini yang pertama atau yang terakhir.. so rugi kalau tak pergi.. bukannya mahal... duit boleh di cari.. ilmu sukar ditukar ganti..
