Pantai Kemasik @ Terengganu Part 5
Kalau korang ada di Cherating.. pastu ada banyak lagi masa tapi tak tau nak buat apa kan... korang ambil masa korang menikmati pemandangan pantai yang sangat terjaga kecantikannya.. nak kemana tu??? haaa... kita ke Pantai Kemasik kat Terengganu..
Dari Pantai Cherating, Pahang ke Pantai Kemasik, Terengganu just ambil masa dalam 45 minit saja..tak de la jauh sangatkan daripada korang nak buang masa kat dalam chelet korang tukan..
Kat sana korang boleh lepak2 sambil makan keropok terengganu dengan Air Batu Campur.. pergghh!! sedap dan nikmat..






Ini la serba sedikit gambar yang Ammi ambil masa kat sana.. Ammi tak ambil gambar dekat2 dengan pantai tu sebab pernah pergi dulu.. tempat ni memang cantik sebab laut dia warna biru.. sekali tengok macam kat Phuket.. batu karang terdampar elok je kat tepi pantai tu..
p/s :
Jangan pergi masa hujung2 tahun ye.. dalam bulan 10, 11 atau 12.. sebab laut sangat bergelora.. so laut dia tak nampak biru sangat macam sekarang...kalau nak, pergi la dalam bulan 5, 6 atau 7.. memang cantik.. dan kat sini tak dibenarkan untuk bermandi manda..
Gambar yang Ammi tepek ni adalah salah satu gerai keropok lekor yang sedap.. tapi air batu campur dia biasa je.. hehe.. 4 pinggan kitaorang order tau.. maklum la.. yang makan semuanyer beruang beruang...haha..
Kecantikan Pantai Kemasik ni sampai terbawak-bawak ke toilet kat situ.. terkedu jap Ammi bila masuk toilet dia.. korang tengok la sendiri..
Masuk berbayar.. tapi murah je... kalau tak silap 20 sen ke atau 30sen.. macam tu la.. kalau nak mandi dalam 50 sen atau seringgit.. berbaloi la kan.. nak guling guling kat dalam ni pun tak rasa geli..
ni je la entry untuk jalan-jalan kat Terengganu part 5 ni.. nanti ada Part 6 ye.. hehe
Satar Sedap @ Terengganu Part 4
Kalau sebut je orang Pantai Timur mesti kita terbayang Nasi Dagang, Nasi Kerabu, Nasi Minyak dan Laksam.. tapi Ammi tak mau cerita semua tu.. just entry kali ni nak cerita pasal Satar... Satar ni rasanya salah satu makanan tradisional Terengganu jugak... diperbuat daripada isi ikan yang asli..
Banyak di terengganu kita senang nak jumpa orang jual Satar..Di Geliga, Terengganu ada satu warung kecil yang Ammi nak cadangkan kat korang singgah makan Satar kat kedai dia ni...sedap giler, fresh, juicy dan layanan mesra...
Nama Warung :
WARUNG 31
Menu :
Satar, Otak-Otak, keropok goreng dan Air Kelapa Muda
Harga Satar :
RM5.00 (sepinggan ada 15 ketul)

Ini la kedai dia... simple je tapi Satar dia memang jilat jari... Ammi and geng beli 3 set Satar ok...
Dulu Ammi pergi makan Satar di kedai Aziz Satar.. kat situ ada jual macam warung 31 jugak tapi sekali dengan nasi campur... tapi tapi tapi.... Ammi tak rasa lagi nak pergi kat Kedai Aziz Satar tu sebab :
1. Pekerja susah giler nak senyum kepada customer
2. Harga Nasi Campur Mahal sikit
3. Layanan memang macam sampah...sorry to say!!
P/s :
peratusan kemesraan orang2 tertentu di terengganu yang Ammi jumpa sepanjang 2 hari kat sana.. Ammi boleh bagi 3 bintang je.. heheh.. tapi tak semua macam tu la... jangan marah ye.. ini hanya teguran.. bila tetamu datang bertandang dengan senyuman.. sambut la tetamu dengan senyuman juga ye...
Apa perasaan anda kalau anda dari jauh datang melawat rumah orang dengan niat yang baik tetapi kedatangan kita disambut dengan dipandang sinis oleh tuan rumah...??? sedih tau.. hukhukhuk...
Taman Tamadun Islam @ Terengganu Part 3
Entry lepas Ammi ada cerita sikit pasal Masjid Kristalkan.. pastu Ammi ada sebut pasal Taman Monumen yang ada di Taman Tamadun Islamkannn.... so bahagian ketiga ni Ammi nak kongsi bersama-sama dengan korang apa yang ada di dalam Taman Monumen ni...
Sebelum tu.. seperti yang Ammi cakap Taman Monumen ni terletak di Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Terengganu, Malaysia.. bersebelahan dengan Masjid Kristal dan berdekatan dengan Muzium Negeri Terengganu.
Dalam Taman Monumen ni menawarkan pelawat-pelawatnya pengalaman yang unik... Memaparkan 21 monumen Islam seluruh dunia yang hebat dengan mengimbas kembali zaman kebangkitan Islam...

Pintu gerbang utama Taman Tamadun Islam(TTI)..

Ini adalah tempat masuk ke Taman Monumen.. sebelah kanan dekat tong sampah tu tempat pertanyaan serta pembelian tiket masuk..
Harga Masuk :
RM 15.00 (Dewasa warganegara Malaysia mykad)
RM25.00 (bukan warganegara)
untuk kanak-kanak Ammi lupa la.. tapi korang boleh visit websit yang Ammi bagi ni www.tti.com.my...


Selepas korang buat pembayaran... korang akan dapat pasport... valid selama 1 tahun... korang nak tau apa kelebihan dia.. selagi pasport tu masih belum tamat tempoh.. korang boleh gunakan pasport tu untuk masuk lagi kali kedua(harga sama ye RM15 per head) dan mendapat kelebihan-kelebihan yang istimewa... antaranya... dapat naik Tramp atau basikal secara percuma.. kalau kali ketiga masuk akan dapat 30% discount Buggy Rental, Free Tramp Ride or Bicycle Ride....


Comelkan Tramp dia.. basikal ada dua jenis korang boleh pilih... yang single dan yang couple.. maksudnya.. naik 1 basikal tapi kayuh 2 orang bersama-sama.. hehehe.. sebab apa diorang sediakan perkhidmatan ni..??? sebab... kalau korang jalan kaki, keluasan tempat ni adalah 800 meter ye.. tapi jalan kaki memang terasa kepuasannya.. sesiapa yang rasa tak larat tu cepat2 la sewa Tramp atau basikal sebelum anda melepek kat tengah2 jalan..


Galeria disediakan kalau korang nak beli cenderahati untuk mak ayah ke, kekasih ke, atau untuk kawan-kawan... haaa... Masa korang register masukkan... diaorang akan bagi sekali Kupon makan sebanyak RM3.00.. so boleh la korang redeem kat Wan Man Cafe ni.. Cafe dia bersih, cantik dan layanan diaorang mesra...

Masjid Xian Mosque, China... didirikan pada 1392 Pada zaman Dinasti Tang..

Kul Sharif Mosque, Kazan, Russia... rekabentuknya mengimbas kembali persekitaran bersejarah di zaman Kremlin..

Great Mosque of Agadez, Niger... Masjid yang diperbuat daripada tanah yang dikeringkan.. ada 13 baris perancah kayau nak kukuhkan struktur dia...

Kelyan Minaret, Uzbekistan... dibina pada tahun 1127 masihi... Masjid ini dibuat daripada bata yang dibakar..

Great Mosque of Qairawan, Tunisia... dibina pada 670 masihi... Monumen Islam yang tertua di Tunisia..


Suleyman Mosque, Turkey.. dibina pada tahun 1557 masihi pada zaman empayar Ottoman.....


Nabawi Mosque, Madinah, Saudi Arabia.. Kawasan kedua paling suci bagi umat Islam.. dibina di atas rumah Nabi Muhammad SAW dan tempat baginda disemadikan..


Mosque of Mohamed Ali, Egypt... dkenali sebagai Masjid Alabaster...


Aleppo Citadel, Syria.. anggaran dibina pada abad ke 10 sebelum masihi dia atas sebuah bukit di Syria..


Al-Haram Mosque, Mecca, Saudi Arabia.. Tempat paling suci bagi Umat Islam iaitu Kaabah (tempat tertinggi yang terhormat dan berprestij)..

Sheikh Lutfallah Mosque, Iran.. Dibina pada abad ke 17..

Great Mosque of Samarra, Iraq.. dibina semasa zaman pemerintahan Khalifah Abassiyah Al-Mutawakkil pada abad ke-9.

Kubbah As-Sakhrah, Baitul Muqqaddis, Palestin.. dibina pada tahun 692 Masihi..

Badshahi Mosque, Lahore, Pakistan... dibina pada tahun 1673 Masihi Masid terbesar pada zaman tersebut.. boleh memuatkan sehingga 65,000 orang jemaah..

Taj Mahal, Agra, India... Maharaja Mughal kelima, Shah Jahan telah bina istana ni untuk mengenang kisah cinta abadinya.. dan juga simbol kasih sayang terhadap isterinya, Mumtaz Mahal... korang kalau cinta isteri bagi apa??? huhuh..

Sultan Omar Ali Saifuddin, Brunei Darussalam.. dinamakan sempena sultan Brunei yang ke 28 dan dibina pada tahun 1958..

Pattani Central Mosque, Thailand.. dibina pada tahun 1954.. Masjid ni lebih kurang macam bentuk Taj Mahal..

Kudus Minar, Central Java, Indonesia.. dibina pada tahun 1549..rekabentuk masjid ni bercirikan gabungan Hindu dan Jawa.. paling ketara adalah menara dia sebijik macam Chandi yang biasa ditemui di kuil hindu.. tapi ini masjid ye..
itu la serba sedikit gambar yang Ammi ambil masa kat sana.. ada tiga masjid lagi yg Ammi tak sempat ambil gambar sebab tak cukup masa la.. dah nak tutup.. speaker kat sana dah jerit2 suruh pengunjung keluar sebab dah nak jam 6.00 petang.. hehhe...
so ini pun salah satu tempat yang wajib korang pergi kalau singgah di Terengganu ye..
