RUMAH WARGA EMAS AL-IKHLAS
Dah lama lama Ammi impikan nak pergi melawat rumah warga emas... dan akhirnya impian jadi kenyataan. baru-baru ni Majlis Perwakilan Pelajar(MPP) ditempat Ammi study buat satu program amal. Ahli-ahli jawatankuasa serta peserta-peserta sukarelawan dialu-alukan untuk memeriahkan lagi program amal ni.. Rumah amal yang terpilih tu adalah "Rumah Orang Tua Al-Ikhlas" di Puchong.. warga-warga emas ni ditempatkan disebuah masjid yang dah diubah suai. Kawasan Masjid ni tersosrok sikit. tapi betul-betul ada kat sebelah jalan besar


Gambar ni masa on the way nak pergi ke rumah orang tua Al-Ikhlas, Puchong. Bus yang Ammi naik tu ikut jalan Highway Seri Kembangan. Perjalanan tak lama pun.. dalam 45 minit dari Ampang Point. so tak sempat la nak rasa kebas-kebas punggung tu.

Sebelum Ammi and the geng di lepaskan bersama atuk-atuk dan nenek-nenek di sana, ada la sedikit taklimat yang disampaikan oleh pemilik Al-Ikhlas. nama dia Ammi tak ingat tapi pemilik tempat tu menggelarkan dirinya sebagai "Mak".. it's a very pleasant nickname indeed. banyak perkara yang perlu kami jaga. antaranya hal-hal sensitiviti warga-warga Al-Ikhlas.


Kami mulakan sesi pertama dengan beramah mesra bersama dengan warga Al-Ikhlas. sayu juga la hati ni bila lihat keadaan mereka. ada yang happy, ada yang hanya habiskan sisa hidup di katil sahaja.


sedikit aktiviti kami adakan iaitu senaman Gelak geli... senaman ni semata-mata untuk hiburan mereka sahaja. takkan nak buat POCO-POCO pulak kan... !!!


Dah letih ketawa so time lunch la pulak. Kami semua diberi peluang untuk menyuap nenek-nenek dan atuk-atuk makan tengahari.. Ammi dan beberapa kawan yang lain tak berpeluang nak menyuap sebab kami ditugaskan sebagai AJK technician dan AJK photographer so banyak keje nak kena siapkan sebeluam next slot dijalankan.

After lunch hour, warga Al-Ikhlas berehat sekejap untuk solat Zohor. Sebelum solat tu, pelajar-pelajar Makmal perubatan mengambil kesempatan melakukan ujian Blood Presure Test (BP test) dan memberi nasihat mengenai kesihatan badan.

Kami mengembalikan kembali nostalgia lama kepada warga tua Al-Ikhlas dengan tanyangan filem P.Ramle yang bertajuk "Tiga Abdul".. Program kami pada hari tu bergabung dengan program TV 3 bersama Fara Fauzana dan Fan Club memeriahkan lagi program ini.

Sebelum pulang, sedikit cenderahati diberikan kepada Pihak Al-Ikhlas dan sempat mengambil gambar kenangan. Sebelum balik, kami sempat bersalaman dengan warga Al-Ikhlas. Hati Ammi tersentak sekejap dan hampir menangis apabila melihat beberapa orang ahli warga Al-Ikhlas menangis teresak-esak melihat kami pulang. kalau kawan-kawan ada masa, lawat la mereka di sana. Kongsi la kegembiraan bersama mereka insyaalah jiwa anda juga akan bahagia.

February 8th, 2010 - 06:44
jeles ni bergambar ngan FaFau!
February 10th, 2010 - 15:36
Ok la tu.. bukan senang nak bergambar ngan artis ekarang busy la katakan.. kebetulan je tu program ammi and Fara fauzana berlangsung pada hari yang sama..
March 11th, 2010 - 12:52
Salam
Boleh saya tahu lokasi sebenar rumah nie.. kalau ada no telefon lagi ok..
March 11th, 2010 - 16:43
Ammi mintak maaf sangat2 cuz Ammi tak tau alamat penuh tempat tu.. tapi tempat tu di area puchong… ikut highway sri kembangan.. dari KL dalam 40 minit macam tu je.. dekat saje…
July 5th, 2010 - 21:35
Saya dan pelajar2 ting 5 dari sebuah sekolah menengah di Klang akan membuat program khidmat masyarakat utk pel. sivik pd 31 julai ini. InsyaAllah.
July 6th, 2010 - 09:09
bagus la… semoga khidmat program masyarakat yh akan diadakan akan medapat berkat.. warga2 emas kat sana memang perlukan perhatian kita semua… masa kat sana tu hati ammi sedih tengok keadaan diorang…
July 9th, 2010 - 16:51
salam,
Bleh bagi alamat rumah orang tua al-ikhlas..email pd sy.
July 9th, 2010 - 17:50
Sorry sangat2 wani bcuz ammi tak tau la alamt sebenar tempat tu… sebab masa ammi pergi ni under Kolej PTPL so pihak sana yg uruskan averything.. but why not u try search in internet
July 9th, 2010 - 18:11
sy dah try search, tapi xdapat la…call tanya directori pun diaorg xde rekod tuh…
July 9th, 2010 - 22:15
macam ni la wani.. ammi try tanya pihak koleh PTPL kalau2 diorang taukan.. bila nak pergi umah al-ikhlas tu??
August 14th, 2010 - 22:25
Ni alamat rumah orang tua tu, harap2 dapat membantu
Rumah Jagaan dan Rawatan Orang-Orang Tua Al-Ikhlas,
34, Jalan 6/23,
Taman Putra Perdana,
Puchong,
Selangor.
Phone : 03-83195094 OR 013-3106136
August 16th, 2010 - 12:49
salam..agak2 kalau dr jelebu,negeri sembilan nk ke rumah al-ikhlas tu amek mase brape lame ye?
August 16th, 2010 - 14:23
Basically kan Linda… meh saye tolong jawabkan.
Ermm Puchong tu bersebelahan dengan Cyberjaya…
So, kalao dari Jelebu tu agak jauh tu nak ke Pahang kan.. Erm…rasanya cam lebih kurang 3 jam 1/2..
Harap dapat membantu.
Ammi, belanje bear cepat.
August 16th, 2010 - 15:28
thanx tolong jawabkan… ammi ni buzy sikit… terima kasih ada orng membantu.. ok ok.. ammi belanja buka puasa kat hulu langat…
August 16th, 2010 - 18:06
Orait settttt (Sambil pikir nak makan ape…