Buka Puasa @ Maju Junction
Ermmm... dah nak habis raya baru la Ammi nak update blog pasal bukak puasa ni.. heheh.. bukan apa... gambar-gambar ni semua dalam kamera member so Ammi tunggu dia send email gambar2 ni lama giler... emmm sekarang baru la boleh update blog...
Al-kisahnyer... kami nak pergi buka puasa kat Sogo.. tetiba hari yang nak buka puasa tu kami tak boleh masuk Sogo... hanya Ahli Sogo sahaja boleh masuk.. Baru la Ammi tau yang rupa-rupanya hari tu hari untuk ahli-ahli pemegang Kad Sogo je.. sedih.. so terpaksa la pegi bebuka pose kat Maju Junction.. Tak jauh dari Sogo..

Ammi pernah dengar orang cakap pasal Mr. Tempanyaki... tetiba masa kat Maju Junction tu terjumpa la pulak kat Food Court dia.. apa lagi.. order la Mr. Tempanyaki Ayam..


Haaa... macam ni la rupa Mr.Tempanyaki tu... dioarang bagi set makanan..ada Air Tea & Buah Tembikai sekali..ermm Ammi bagi "Five Stars"

Cik Ayuni & Muzaiyana pun join jugak buka pose petang tu.. diorang order Air Laicikang, Air Batu Campur, Nasi Goreng Kampung & Nasi Goreng Ayam.


Nasi Goreng Ayam & Laicikang


Nasi Goreng Kampung & Air Batu Campur.. dah cair sebab tunggu nak bebuka tu lama sangat sampai cair bagai... sengal


Kawan Ammi si Huzaifah ni pun join jugak bebuka.. dia ni order Nasi lemak je sebab tu je yang sempat nak order.. hehe.. kesian dah nak bebuka..




Lepas buka pose je kitaorang sambung pulak makan Pizza Hut.. hehe.. actually Pizza tu dah dibeli sebelum bebuka lagi nak makan kat Food Court la. Tetiba sampai Food Court je dah diorang letak notis "Makanan Luar Tak Dibenarkan Bawa Masuk"... ermmm kita orang peduli apa.. bawak masuk je selamber.. orang Food Court tu bagi warning kat kitaorng tak boleh bawak masuk.. habis tu.. tak kan nak buang Pizza tu dalam tong sampah.. ada Akai kaaa.....
