ammibear.com

15Aug/106

Taman Rama-Rama & Reptilia @ Melaka

Ammi ni memang suka jalan-jalan... kalau boleh nak explore 1 dunia... tapi apa nak buat bajet ciputttt jee... buat masa ni Ammi nak explore dalam Malaysia je dulu.. banyak lagi yang Ammi tak pergi.... nanti ada duit & rezeki lebih boleh la jalan2 negara orang pulak.. saudara Ammi sendiri yang ada kat Singapore pun Ammi tak pernah visit diorang.. diorang yang selalu datang Malaysia visit Ammi & Family...heheh...

Ok.. tak mau citer banyak... kali ni Ammi nak cerita sikit pasal Taman Raman-Rama & Reptilia...  Masa ni Ammi pergi hari yang sama pergi naik melaka River Cruise...  mula2 tu macam malas nak pergi sebab Ammi akan buat reserch sikit sebelum pergi ke mana2.. banyak blog2 yang Ammi baca telah membayangkan pada Ammi Taman Rama2 & Reptilia ni memang tak best... Ammi tak puas hati dan Ammi pergi sendiri ke tempat tu dan keputusannya sangat la tak mengecewakan... tempat tu memang best.. sebab korang boleh tengok sendir haiwan2 yang ada kat dalam tu secara dekat... memang best...

Macam-macam ada kat dalam tu... Ammi harap dengan gambar2 yang Ammi kongsi dengan korang ni akan membuatkan korang rasa nak pergi kat sana..

Pintu Utama ke Taman Rama-Rama Dan Reptilia...

Ammi pelik betul tau... kalau time Ammi pergi mana2 kan.. mesti dengan tetiba je ramai orang datang.. korang tau tak... masa kita orang sampai.. bus2 pelancong ni sikit je... tetiba.. korang tengok la sendiri berapa bijik bus... No komen la...

Senarai harga masuk ikut kepala (per-head)... maybe korang tak jelas kat cermin tu.. Ammi bagi tau secara roughly...

Dewasa/ Adult : RM6.00

Kanak2 / Child : RM3.00

Kamera / Camera : RM3.00 (each)

**kitaorang tak bayar pon untuk kamera.. heheh.. bawak masuk sorok2... huhu...

Mesti korang ingat haiwan2 ni yang ada kat dalam tu taman tu kan... actually ni baru bahagian depan nak introduce je... tak masuk bahagian dalam dalam lagi... lepas korang bayar je.. masuk2 je korang akan di sajikan haiwan2 ni secara live...

Ada satu bahagian di dalam taman tu ada disediakan tawaran bergambar dengan super big Iguana.. and super big ular sawa.. burung pun ada.. korang jugak boleh bagi haiwan2 kat situ makan... beli pisang kat kedia yang disedikan pastu boleh bagi makan.. hehe.. nice kan...

Ini baru la nak masuk dalam.. bahagian pertama korang akan pergi ke Taman Rama-Rama dulu... rama2 sangat banyak dan cantik uollsss...

Decoration dalam taman ni sangat cantik dan buatkan Ammi impress... double thumbs up!!!

Cantikkannnnnnn.... No komen!!! hehehe...

Insect Cave.. kat dalam ni macam gua.. gelap dan sejuk sikit.. dalam ni Ammi tak explore sangat sebab agak gelap.. so ni je la pic yang sempat Ammi ambil.. ulat gonggok gergasi,... heheh...  besar hokkey... dan banyak pulak tu... Scorpion pun banyak jugak... sorry tak de gambar...

Taman Ikan Koi... Ammi tertarik betul dengan kecantikan Taman Ikan Koi ni.. relax dan cantik...  korang tengok sendiri pun dah boleh agak...

Ammi tak tau nak describe haiwan ni.. tapi yang pastinya memang sebijik macam kura-kura... lama Ammi perhatikan kepala kura-kura ni.. kejap memanjang.. kejap memendek... sekali tengok korang akan nampak macam  lelaki punyer kepala tuuuutttttt.. !!!!!! heheh... istighfar istighfar...

Brown Asian Giant Tortoise... agak besar la jugakkan.. tapi mata dia horror ok.. jangan tenung lama2... hehehe...

Dalam banyak-banyak haiwan.. haiwan ni la yang paling special untuk Ammi.. Bearcat... 1st time Ammi tengok ye... badan dia macam kucing gergasi... muka sebijik macam beruang yang ada misai kucing..

Tapir pun ada ok... sekor je kat dalam tu... tapir ni duduk macam dalam sangkar aquarium.. tu yang nampak macam ada reflection... kesian kat Pakcik Tapir ni.. tak de kawasan air untuk dia...

Nama spesies ni ialah kura-kura Bintang... kecik saje size dia ni... dan cantik..

Harimau bintang pun ada... masa korang jalan-jalan kat dalam ni... pastikan korang lihat kawasan dlam tu dengan teliti sebab dia tersorok sikit.. kalau jalan sambil lewa je korang akan terlepas harimau ni...

Ini ialah Kongkang.. orang selalu sebut pasal Kongkang ni tapi ini la 1st time Ammi tengok Kongkang.. tu pun tak jelas sebab diorang di tidur dalam kumpulan kot... kalau korang tengok betul2.. gambar ni ada lebih dari seekor Kongkang... kepala2 diorang akan terkumpul di bahagian dalam.. so susah la nak tengok muka  diorang ni.. hansem sangat la kot..

Kalau tengok memang tak perasan pun apa yang ada kat dalam kolam hijau ni... tapi nasib Ammi baik hari tu sebab masa tengok2 kat dalam kolam tu tetiba timbul dua ekor ikan.. OOOO MMMYYYY GGOOODDD!!! besar giler nak mampos ikan ni... dan sangat menakutkan... kolam ni bersebelahan je dengan Bearcat...Nama ikan ni Chinaldin.. ikan ni adalah spesies yang berasal dari Amazon Basin Brazil.. hati2 ye.. ikan ni menggigit.. karang tak cukup sifat pulak korang balik umah...

Antara burung yang ada kat sana... Kasawari, Emu, Enggang.. tu je nama yang ingat.. sorry ye..

Haiwan atas ni kalau korang tak tau memang hampeh la.. meh sini Ammi tolong sepakkan laju-laju...

Bersebelahan dengan sangkar buaya tu... korang akan jumpa lorong terakhir yang mana lorong tu korang boleh tengok macam2 jenis ulat...  spesies ular sawa yang dalam Harry Potter Satu pun ada.. alaaa yang masa Harry bercakap2 dengan ular kat dalam zoo tu.. sory la ye.. Ammi peminat setia Harry Potter.. huhu...

Keluar dari dalam kawasan Taman ni.. korang akan keluar ke Muzium... dalam muzium ni ada macam2 rama2 dan haiwan2 lain yang telah di awet dan boleh dibeli.. sediakan duit je.. semua boleh dapat..

So selamat cuti-cuti Malaysia... heheh <img src="http://ammibear.com/wp-content/plugins/yahoo-messenger-emoticons/emoticons/big_grin.gif" style="border:none;background:none;" alt="big grin" />

11Aug/102

Melaka River Cruise

Dalam keadaan tak sihat dan stress2 ni.. sempat jugak la Ammi merelaxkan diri kat Melaka... selalu Ammi pergi Melaka mesti asyik pusing2 kat Bandar Melaka tu.. dah jemu.. so kali ni Ammi tak pusing2 Bandar Melaka tapi tukar angin pergi naik Melaka River Cruise...

Nama wah wah wah.. !!! macam naik kapal cruise je kan.. padahal naik bot je... heheh...  walau pun naik bot.. tapi ini adalah salah satu pengalaman Ammi yang agak best... sebab Cruise yang Ammi naik ni akan bawak korang semua pusing2 bandar Melaka...  Actually bila korang naik cruise ni baru korang akan perasan rupanya ada lagi tempat2 kat Bandar melaka tu yang Ammi tak pernah tengok..

So Ammi nak kongsi la gambar2 kenangan Ammi masa kat sana.. mana la tahu kot-kot korang rasa macam nak naik jugak Melaka River Cruise ni kannn...

Macam ni keadaan Bandar Melaka pada hari ahad... masa ni memang ramai giler orang.. macam-macam bangsa boleh jumpa..  yang bagusnya masa hari tu cuaca sangat la mendung.. best sangat untuk berjalan2...  kalau korang nak tau motif kitaorang datang bandar melaka ni semata2 nak makan cendol je.. heheh..

Kalau korang rasa teringin nak naik cruise ni.. Ammi sediakan sedikit info pasal harga untuk korang...

Tu dia... pemandu bot Ammi dikendalikan oleh seorang pompuan ye.. heheh... cekap pulak tu dia bawak.. kagum kagum!!

Memang banyak betul tempat dan pemandangan yang Ammi tak pernah nampak... so tak rugi la Ammi  bayar RM10... kalau tak silap Ammi perjalanan Ammi naik bot ni pusing2 lebih dalam 40 minit macam tu la... balik dari naik bot Ammi pergi Jonker walk jap beli barang sikit.. hhehehe

19Jul/102

What Happen..Blurrrr???

Last week.. kalau tak silap hari Khamis macam tu la.. Ammi and kawan Ammi si Ain nak pergi tengok wayang la kat KLCC.. citer Toy Story 3... kitaorang ni baru nak tengok citer tu.. padahal citer tu dah nak keluar dari wayang dah... actually sehari sebelum tu Ammi tengok citer Twilight Eclipse.. Ammi tertido Hokkey.. dah separuh jalan baru bangun tengok diorang lawan2...bolehhhh!!!! masa tengok Twilight tu Ammi beli sekali tiket Toy Story 3 untuk hari khamis... hahaha... giler wayangkan..

Nak jadikan cerita.. dah sampai KLCC ni... nak pergi tengok T.Story 3 tu.. Ammi dah terperasan ramai giler orang kat entrance utama KLCC.. masa tu kitaorang tak tau lagi apa hal.. siap ada ambulance bagai... kitaorang ingat ada orang sakit jantung ke... jatuh bangunan ke kan.. so kitaorang ikut jalan bawah nak masuk KLCC... tetiba sampai2 je pintu semua kena block dengan polis tak boleh masuk.. so apa lagi pergi tanya la kan.. rupa-rupanya ada kebakaran kat dalam KLCC tu hah.. Tetiba teringat kes WTC Tower yang runtuh dulu.. hahaha.. horror kan...

Dalam masa yang sama teringat tiket wayang dah beli... ceriter start jam 11.20pg... risau lakan takut nanti kitaorang kena tengok lambat... tapi alhamdulillah la jam 11.00pg tu kita orang semua dah boleh masuk KLCC macam biasa.. masa pak cik polis tu bagi masuk.. mak aiii... berebut-rebut orang masuk.. dah macam jualan mega akhir tahun tau... tergelak-gelak la jugak masa tu...

Masuk2 je.. kitaorang blurrr giler... tadi kata ada kebakaran.. tapi x de tanda-tanda pon... lampu emergency  masih berkelip2... hahaha... lepas tu Ammi ngan Ain tanya each other... "weii.. betul ke dah boleh masuk ni.. lampu duk bekelip-kelip... takut pulak aku... runtuh ke apa ke...".. dalam masa yang sama kat depan pintu TGV tu dah beratur2 orang nak tengok wayang... tak rasa cuak langsung pon... boleh macam tu ek...  pastu staff2 TGV tu kelam kabut semua sampai jagung diorang pon dah tak bubuh planta dah... ish ish ish... macam2 hal hari tu... nasib baik la cerita Toy sory 3 best.. touching ok.. patung mainan pon sangat menghargai erti persahabatan... kita yang bukan patung ni macam mana pulak?????

Related Posts with Thumbnails
Page 1 of 9123456789»