ammibear.com

17Sep/092

Show @ Carlton Hotel

Define dijemput membuat  persembahan sempena Dinner malam Alumni pelajar-pelajar Degree yang dah garduation dari Management Science University..

Nak jadikan cerita.. dah la Ammi ada final exam hari tu.. pagi & petang pulak tu.. lepas exam terus kalut balik umah siap-siap pakai baju melayu nak gi Carlton Hotel di Shah Alam...  dah la tu... kat sana pulak Ammi tak de orang yang boleh tolong ambilkan gambar.. dan yang paling buruk pulak tu kamera tak de so kena guna kamera HP yang tak cantik langsung.. hoh sedih..

Gigih punya pasal.. Ammi update la jugak blog Ammi pasal dinner ni walaupun gambar hampeh..

dinner

Gambar ni cantik sikit sebab blutooth dari Hp kawan.. heheh.. yang kat bawah-bawah ni semuanyer gambar Hampeh Kualiti...

Ammi n geng

Ni kat Table makan... gambar -gambar semua ni Ammi ambik lepas habis show.. so gambar show tak de.. hukhuk.. nangis...

dewandewan

Pemandangan dalam dewan kat Carlton Hotel tu..

Bob

Si Bob ni tak tau la kenapa... Ammi rasa sejuk je kat dalam dewan tu.. yang dia ni dah bekipas-kipas kepanasan.. nak balik la tu... heheh

15Sep/094

Gala Nite PTPL vs MSU

Hehe.. saja je Ammi letak Tajuk : PTPL vs MSU... actually PTPL ni under MSU.. tapi diorang ni slalu je fight each other.... ok ok kita tinggalkan benda ni & kita beralih ke topik sebenar..

sekali lagi DeFine dijemput untuk membuat persembahan untuk malam Gala Nite.. majlis ni berlangsung di Hotel Concorde Shah Alam.. huhu..kelas gitu.. actually majlis tu adalah sempena meraikan kelab-kelab dan persatuan-persatuan yang wujud di bawah PTPL (Pusat Teknologi Pengurusan Lanjutan) & Management Science University MSU... Tema pada malam tu "Black, Red, White".. kalau tak silap la...  Al maklum la... gambar  dah lima enam bulan baru nak update.. macam mana la tak nyanyok..

DeFine

Masa ni tengah tunggu nak masuk kat dalam dewan.. dah penat sangat.. so bertenggek la Ammi di tepi- tepi kali lima tu.. hukhuk sedihhh..

tabletable

Lega tau bila dapat duduk.. kebas pungkoq pun hilang.Ammi duduk table nombor 45... meja tu boleh duduk  10 orang...

dewan

Macam ni la pemandangan dalam dewan... amacam? ok tak?

tarian kebudayaanYusafa

Pembukaan majlis dimulakan dengan tarian kebudayaan daripada MSU.. kalau tak silap Ammi tarian ni dikelola oleh Yusafa (berbaju biru)...  dasyat ooo dia ni menari... Ammi kagum tengok dia menari sebab memang pompuan pun kalah...

perfomer

Persembahan duet.. Ammi tak kenal.. hehe.. tapi pelajar MSU & PTPL jugak.. diorang ni nyanyi lagu "MY Heart". konon konon diorang ni klon Acha Saptria & Irwan Shah Malaysia la ... hehe.. suara diorang not bad.. sedap jugak...

DeFineDeFine

Lepas Acha & Irwan syah Malaysia nyanyi... Define plak performe.. DeFine bawak lagu "Aku Rela"...

dress award

calon princess

Malam tu diadaan slot King & Princess Award... wanita-wanita comel dua orang tu ialah calon pada malam tu.. hehe... baju hitam tu kawan Ammi.. Yana nama dia...  comel kan..

kawan

Kawan-kawan Ammi yang datang pada malam tu...

pengetua

Dua oarang baju merah lip lap lip lap ni Pengetua & Ex-Pengetua PTPL  Ampang... Pn Siti Idayu & Pn Norlina... gambar ni di ambil lepas majlis tamat..

Fairus & Ammi

Masa nak balik tu Ammi terserempak dengan housemate Ammi masa duduk di Shah Alam dulu... Ammi agak kamcing gak dengan dia ni... lepas majlis settle.. Ammi gerak balik lebih kurang jam 12.00 malam..

23Aug/090

Define Feat. Aki (Algebra)

• Algebra - Aku Rela

• Algebra - Puisi Dunia

Ammi dapat call dari Bob.. dia cakap Kumpulan Algebra perlukan bantuan Kumpulan Define untuk menjayakan show diorang kat IKIM & UITM.. di UITM tu majlis untuk anak-anak yatim.. Ammi macam terkezut jugak la sebab tak sangka la plak Algebra ajak DeFine featuring ngan diorang.. hehe.. siapa la Define.. hanya penyanyi kumpulan underground je kot... actually Ammi tak leh nak buat keputusan lagi sebab hari tu Define ada show kat Royal Club Selangor.. ada birthday party kawan Ammi kat sana..

pikir punya pikir Ammi pun buat keputusan untuk tolong diorang.. nasib baik show yang dekat IKIM tu Aki dah cancelkan so lega la skit.. kalot jugak kitaorang hari tu sebab show UITM petang & event member Ammi jam 8.00mlm.. hohoho... dah la Ammi demam masa tu.. macam nak pengsan... tapi semua berjalan dengan baik... alhamdulillah...

Define baru sampai

Baru sampai kat salah satu dewan kat dalam UITM tu.. lupa la nama dewan tu.. masa ni Ammi tengah kusyuk dengar talk penceramah masa tu.. hehehe..

Define feat Aki

Define bawak dua lagu.. Aku Rela & Puisi Dunia.. tension skit sebab tak de mic.. demi anak-anak yatim tu.. chaiyyookkkk!!!

sifu nassier

Tak sangka plak Ammi.. rupa-rupanya Sifu Nassier pun ada jugak bagi talk.. Sifu ni adalah orang kuat yang mencipta lirik album Algebra "Yang Benar Tetap Benar".. Sifu ni orangnya sempoi je... law profile... lembut saja  bila bercakap dengan orang.. heheh... show habis lebih kurang jam 5.00 ptg.. terus cabut balik umah azhar nak ambik budak tu nak gi show kat Royal Club Selangor pulak..

Related Posts with Thumbnails
Page 1 of 11