ammibear.com

1Aug/1010

Arena Seafood @ Hulu Langat

Dalam diam-diam dah 2 kali Ammi pergi makan kat Arena Seafood ni... first time pergi makan kat situ pun dah menjerit kesedapan... Tom Yam dia.... OOOO MY GOD!!!! sedap gilesnesss...

First time pergi tu tak ambil gambar pun... so this time pergi memang tak lepaskan peluang la kan mengambil gambar...

Berikut senarai jumlah bintang untuk setiap ketagori di Arena Seafood Hulu Langat... markah penuh 5 bintang... :

servis   :

4.5 bintang

kebersihan   :

4 bintang

keramahan  :

4 bintang

kepantasan menyediakan makanan :

5 bintang

kesedapan  :

4 bintang

harga  :

4 bintang (berpatutan)

keseluruhan :

4 bintang

Makan malam kali ni Ammi order :

siakap stim limau, telur bungkus, tomyam ayam, tomyam campur, ayam masak gajus, nasi putih, air bandung ais dan tongkat ali... harga semua RM54 sahaja... ini untuk 2 orang makan... hehehe... bila senaraikan balik menu ni tetiba rasa banyak pulak Ammi makan... tak pe.. next week start pergi gym balik ye...

Di Arena Seafood ni diorang ada sediakan menu special... maksudnya masakan2 yang special yang disediakan di sini.. yang pastinya.. best... harga pon berpatutan... hahhh.. apa lagi.. tengok senarai menu tu lepastu pergi la order....

Ayam masak gajus... sedap ye... memang sedap...

TomYam ayam dan campur... terasa dengan pedas, masam dan manisya... nyum nyummm...

Siakap Stim Limau... ikan dia sangat la besar.. isi ikan ni sangat lembut dan wangi dengan daun sup dia..

Macam biasa la... Telur Bungkus..

Timun cicah sambal belacan yang disediakan oleh pihak restoren.. yang ni rasa dia Ammi tak tau la ye.. sebab Ammi tak makan...

Arena Seafood ni tak pernah tak de orang.. setiap hari penuh dengan orang.. dia dibuka malam sahaja... kalau tak silap la.. siang-siang dia tutup.. restoren ni betul-betul di sebelah jalan raya.. restoran paling merianh dengan lampu dan rekabentuknya macam ala-ala deko kelantan-thailand... pergi la cuba sendiri...

2Jun/102

Batu Burok Beach Resort @ Terengganu Part 8

Kalau korang nak pergi Kuala Terengganu dan tak tahu kat mana nak menginap... Ammi nak syorkan korang boleh la pergi ke Batu Burok Beach Resort.. Resort ni bersebelahan saje dengan Pantai Batu Burok..

  • Resort ni standart 2 star
  • Swimming pool, beach football, beach volleyball, dart board, beach netball and indoor games.
  • Check in Jam 3.00pm and check out Jam 12.00nn

Ammi and geng sewa dua bilik (1 bilik : 2 katil single)... kalau korang pergi bukan time cuti sekolah harga sebilik RM95 + RM60(deposit) + 2 coupon Breakfast (Per room)... kalau nak check out boleh claim balik RM60 tu.. kalau pergi time cuti sekolah harga bilik Ammi tu dia up sikit.. kalau tak silap RM135 (tak masuk deposit)..

Agak berbaloi la jugak duduk situ... sebab ada aircond, astro, pemanas air + Tea etc, bilik air dia sediakan hot shower, sejadah, telefon, sabun, shampoo dan tuala mandi... kebersihan memang excellent...

1

2

3

4

Tempat parking disediakan... bahagian counter receptionist dia memang mesra sangat.. Ammi bagi 5 bintang...

56

7

Bilik yang Ammi duduk.. dan juga bilik mandi..

131412

Kat sini adalah cafe resort ni... ramai jugak la orang.. makanan pun sedap... ada roti bakar, laksa kuah putih, ada nasi minyak, cornflakes, kuih muih, dan banyak lagi.. dah tak ingat dah...

8

109

11

Kalau korang nak tau.. korang boleh jalan-jalan kat tepi pantai di malam hari sambil melihat bintang.. wahhh!!! heheh.. ada spotlight besar diorang pasang.. so tepi pantai tu jadi cerah...

Tamat la sudah cerita Kuala Terengganu... tunggu update pasal cherating pulak... cau cin cau...

24May/104

Pantai Kemasik @ Terengganu Part 5

Kalau korang ada di Cherating.. pastu ada banyak lagi masa tapi tak tau nak buat apa kan... korang ambil masa korang menikmati pemandangan pantai yang sangat terjaga kecantikannya.. nak kemana tu??? haaa... kita ke Pantai Kemasik kat Terengganu..

Dari Pantai Cherating, Pahang ke Pantai Kemasik, Terengganu just ambil masa dalam 45 minit saja..tak de la jauh sangatkan daripada korang nak buang masa kat dalam chelet korang tukan..

Kat sana korang boleh lepak2 sambil makan keropok terengganu dengan Air Batu Campur.. pergghh!! sedap dan nikmat..

kemasik

12345

Ini la serba sedikit gambar yang Ammi ambil masa kat sana.. Ammi tak ambil gambar dekat2 dengan pantai tu sebab pernah pergi dulu.. tempat ni memang cantik sebab laut dia warna biru.. sekali tengok macam kat Phuket.. batu karang terdampar elok je kat tepi pantai tu..

p/s :

Jangan pergi masa hujung2 tahun ye.. dalam bulan 10, 11 atau 12.. sebab laut sangat bergelora.. so laut dia tak nampak biru sangat macam sekarang...kalau nak, pergi la dalam bulan 5, 6 atau 7.. memang cantik.. dan kat sini tak dibenarkan untuk bermandi manda..

6

87

Gambar yang Ammi tepek ni adalah salah satu gerai keropok lekor yang sedap..  tapi air batu campur dia biasa je.. hehe.. 4 pinggan kitaorang order tau.. maklum la.. yang makan semuanyer beruang beruang...haha..

910

Kecantikan Pantai Kemasik ni sampai terbawak-bawak ke toilet kat situ.. terkedu jap Ammi bila masuk toilet dia.. korang tengok la sendiri..

Masuk berbayar.. tapi murah je... kalau tak silap 20 sen ke atau 30sen.. macam tu la.. kalau nak mandi dalam 50 sen atau seringgit.. berbaloi la kan.. nak guling guling kat dalam ni pun tak rasa geli..

ni je la entry untuk jalan-jalan kat Terengganu part 5 ni.. nanti ada Part 6 ye.. hehe

Related Posts with Thumbnails
Page 1 of 71234567»