Hari Kesihatan @ Kolej PTPL Ampang
Berakhir la sudah Hari Kesihatan yang berlangsung di Kolej PTPL Ampang.. bagi menghargai susah payah diorang ni mengglamourkan diri pada hari tu.. Ammi postkan la sedikit pasal mereka-mereka ni... heheh...
Poster Hari Kesihatan yang tertepek di sana sini di kawasan kolej...
Ini dia pengarah program bagi Hari Kesihatan...Izatty nama dia... sukses sukses!!!
begini lah suasana Hari Kesihatan.. semuanya serba sederhana.. masa ni orang ramai tak tak datang lagi... masa ni diorang test syok-syok sendiri..
Bahagian pendaftaran... Fatin dan Shira... dah get ready dah ni.. semangat hokkey..
Masa ni orang ramai dah mula datang daftarkan diri untuk pemeriksaan kesihatan..
Ujian jenis kumpulan darah... Ramai yang handle bahagian ni.. antaranya ada Muzaiyana, Nurzul, Zetty, Yoges...
Tu dia.... Muzaiyana pose glamour hokkey... Shira.. agak-agak la bawak sekali duit tabung pendaftaran tu...
Mus dan Ojai jaga bahagia BP Test (Blood Pressure Test)...
Dan yang terakhirs sekali BMI (Body Mass Index)... yang dijaga oleh "pekerja-pekerja kerajaan".. hehehe.. Shima and Zul jangan marah ye.. aku gurau saje...
P/S :
Ammi ucapkan tahniah kepada korang semua sebab dah berjaya melaksankan aktiviti Hari Kesihatan ni dengan jayanya... chaiyokkk guyss!!!
Pemeriksaan Kesihatan @ Kolej PTPL Ampang
Sempena Hari Pemeriksaan Kesihatan yang di anjurkan oleh pelajar-pelajar Medical Lab Technology(MLT) ni.. Ammi rasa nak promote juga kat kawan-kawan yang ada di luar sana untuk hadir ke Kolej PTPL Ampang bagi bersama menjayakan majlis tersebut...
Pelajar-pelajar MLT Semester akhir yang mengambil subjek PRAKTIKUM IMMUNOHEMATOLOGI KLINIKAL III adalah orang-orang kuat yang terlibat dalam menjayakan majlis/aktiviti ini...
Tahniah kepada Pn Dayang(Pengarah Program School Health Science) yang telah memberi peluang kepada pelajar2 menjayakan majlis ni...
Senarai Pelajar2 yang terlibat :
Izzati, Zetty Suhaili, Aien Kecik, Ain Jepon, Ain Korean, Muzaiyana, Shima, Fatin, Yoges, Nurzul, Zulkifli, Amin, Alif, Mustafa, shila, Ojai, dan kawan2 lain yang terlibat... mintak maaf sangat2 kalau Ammi terlupa nak letak senarai nama korang semua yang tertinggal...
Poster ni direka kerjasama oleh Ahli-Ahli Jawatan Kuasa Promosi...
P/S :
jemput la datang buat pemeriksaan.. RM0.50 sen sahaja untuk semua pemeriksaan...
What Happen..Blurrrr???
Last week.. kalau tak silap hari Khamis macam tu la.. Ammi and kawan Ammi si Ain nak pergi tengok wayang la kat KLCC.. citer Toy Story 3... kitaorang ni baru nak tengok citer tu.. padahal citer tu dah nak keluar dari wayang dah... actually sehari sebelum tu Ammi tengok citer Twilight Eclipse.. Ammi tertido Hokkey.. dah separuh jalan baru bangun tengok diorang lawan2...bolehhhh!!!! masa tengok Twilight tu Ammi beli sekali tiket Toy Story 3 untuk hari khamis... hahaha... giler wayangkan..
Nak jadikan cerita.. dah sampai KLCC ni... nak pergi tengok T.Story 3 tu.. Ammi dah terperasan ramai giler orang kat entrance utama KLCC.. masa tu kitaorang tak tau lagi apa hal.. siap ada ambulance bagai... kitaorang ingat ada orang sakit jantung ke... jatuh bangunan ke kan.. so kitaorang ikut jalan bawah nak masuk KLCC... tetiba sampai2 je pintu semua kena block dengan polis tak boleh masuk.. so apa lagi pergi tanya la kan.. rupa-rupanya ada kebakaran kat dalam KLCC tu hah.. Tetiba teringat kes WTC Tower yang runtuh dulu.. hahaha.. horror kan...
Dalam masa yang sama teringat tiket wayang dah beli... ceriter start jam 11.20pg... risau lakan takut nanti kitaorang kena tengok lambat... tapi alhamdulillah la jam 11.00pg tu kita orang semua dah boleh masuk KLCC macam biasa.. masa pak cik polis tu bagi masuk.. mak aiii... berebut-rebut orang masuk.. dah macam jualan mega akhir tahun tau... tergelak-gelak la jugak masa tu...
Masuk2 je.. kitaorang blurrr giler... tadi kata ada kebakaran.. tapi x de tanda-tanda pon... lampu emergency masih berkelip2... hahaha... lepas tu Ammi ngan Ain tanya each other... "weii.. betul ke dah boleh masuk ni.. lampu duk bekelip-kelip... takut pulak aku... runtuh ke apa ke...".. dalam masa yang sama kat depan pintu TGV tu dah beratur2 orang nak tengok wayang... tak rasa cuak langsung pon... boleh macam tu ek... pastu staff2 TGV tu kelam kabut semua sampai jagung diorang pon dah tak bubuh planta dah... ish ish ish... macam2 hal hari tu... nasib baik la cerita Toy sory 3 best.. touching ok.. patung mainan pon sangat menghargai erti persahabatan... kita yang bukan patung ni macam mana pulak?????
















