Happy Birthday To Ammibear.com
Diam tak diam... dah setahun blog Ammi beroperasi... wah gituuu!!!... macam-macam cerita yang Ammi postkan selama 1 tahun ni... article2, tempat yang Ammi visit, pasal makan-makan.. macam-macam lagi lah....
Sepanjang Ammi bersama blog ni la.. banyak Ammi belajar tentang PC, Photoshop, kamera dan pasal blog2 kawan-kawan Ammi yang lain... Ammi nak ucapkan ribuan terima kasih pada individu-individu yang dah ajar Ammi tentang selok belok berblogging ni... terutamanya kepada En.Abah dan juga Yepan... thanx a lot.... tanpa diorang memang Ammi tak tau langsung pasal blog-blog ni... hampehhh... hehe... ok la itu saja untuk kali ni...
HAPPY BIRTHDAY TO AMMIBEAR.COM
Melaka River Cruise
Dalam keadaan tak sihat dan stress2 ni.. sempat jugak la Ammi merelaxkan diri kat Melaka... selalu Ammi pergi Melaka mesti asyik pusing2 kat Bandar Melaka tu.. dah jemu.. so kali ni Ammi tak pusing2 Bandar Melaka tapi tukar angin pergi naik Melaka River Cruise...
Nama wah wah wah.. !!! macam naik kapal cruise je kan.. padahal naik bot je... heheh... walau pun naik bot.. tapi ini adalah salah satu pengalaman Ammi yang agak best... sebab Cruise yang Ammi naik ni akan bawak korang semua pusing2 bandar Melaka... Actually bila korang naik cruise ni baru korang akan perasan rupanya ada lagi tempat2 kat Bandar melaka tu yang Ammi tak pernah tengok..
So Ammi nak kongsi la gambar2 kenangan Ammi masa kat sana.. mana la tahu kot-kot korang rasa macam nak naik jugak Melaka River Cruise ni kannn...
Macam ni keadaan Bandar Melaka pada hari ahad... masa ni memang ramai giler orang.. macam-macam bangsa boleh jumpa.. yang bagusnya masa hari tu cuaca sangat la mendung.. best sangat untuk berjalan2... kalau korang nak tau motif kitaorang datang bandar melaka ni semata2 nak makan cendol je.. heheh..
Kalau korang rasa teringin nak naik cruise ni.. Ammi sediakan sedikit info pasal harga untuk korang...
Tu dia... pemandu bot Ammi dikendalikan oleh seorang pompuan ye.. heheh... cekap pulak tu dia bawak.. kagum kagum!!
Memang banyak betul tempat dan pemandangan yang Ammi tak pernah nampak... so tak rugi la Ammi bayar RM10... kalau tak silap Ammi perjalanan Ammi naik bot ni pusing2 lebih dalam 40 minit macam tu la... balik dari naik bot Ammi pergi Jonker walk jap beli barang sikit.. hhehehe
Hari Kesihatan @ Kolej PTPL Ampang
Berakhir la sudah Hari Kesihatan yang berlangsung di Kolej PTPL Ampang.. bagi menghargai susah payah diorang ni mengglamourkan diri pada hari tu.. Ammi postkan la sedikit pasal mereka-mereka ni... heheh...
Poster Hari Kesihatan yang tertepek di sana sini di kawasan kolej...
Ini dia pengarah program bagi Hari Kesihatan...Izatty nama dia... sukses sukses!!!
begini lah suasana Hari Kesihatan.. semuanya serba sederhana.. masa ni orang ramai tak tak datang lagi... masa ni diorang test syok-syok sendiri..
Bahagian pendaftaran... Fatin dan Shira... dah get ready dah ni.. semangat hokkey..
Masa ni orang ramai dah mula datang daftarkan diri untuk pemeriksaan kesihatan..
Ujian jenis kumpulan darah... Ramai yang handle bahagian ni.. antaranya ada Muzaiyana, Nurzul, Zetty, Yoges...
Tu dia.... Muzaiyana pose glamour hokkey... Shira.. agak-agak la bawak sekali duit tabung pendaftaran tu...
Mus dan Ojai jaga bahagia BP Test (Blood Pressure Test)...
Dan yang terakhirs sekali BMI (Body Mass Index)... yang dijaga oleh "pekerja-pekerja kerajaan".. hehehe.. Shima and Zul jangan marah ye.. aku gurau saje...
P/S :
Ammi ucapkan tahniah kepada korang semua sebab dah berjaya melaksankan aktiviti Hari Kesihatan ni dengan jayanya... chaiyokkk guyss!!!



























